Sunday, November 9, 2014

Swansea bangkit lewat benam Arsenal 2-1 | Beritaid


SWANSEA: Swansea menyumbat dua gol dalam tempoh kurang tiga minit untuk bangkit menewaskan Arsenal 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di halaman sendiri, awal pagi ini.


Pemain gantian, Bafetimbi Gomis muncul wira pasukan dengan gol kemenangan pada sentuhan pertamanya.


Apa pun, Arsenal bermula agresif dan mendahului 1-0 hasil jaringan Alexis Sanchez dari jarak dekat pada minit ke-63.


Gylfi Sigurdsson menyamakan kedudukan dengan satu rembatan cantik hasil sepakan percuma pada minit ke-75 sebelum Gomis mengesahkan mata penuh untuk tuan rumah dengan melonjak tinggi menanduk masuk hantaran Jefferson Montero hanya selepas 90 saat hadir di atas padang. – AFP


BH Online – Terkini




Source:


http://ift.tt/1Etb6AM






The Late News from http://ift.tt/1h8beuc